Aku Sayang Kamu

Aku sayang kamu..
pertama kali terpandang..
seakan ada tarikan magnet yang menarik
aku tak tahu kuasa apakah itu
tapi yang pasti kamu bisa buat
denyut nafasku bagaikan terhenti
kehidupanku ceria selalu...
hanya kerna ku pahat wajahmu dalam mindaku

Aku sayang kamu..
memang ku akui
aku memang sukar untuk meluahkan rasa
bahkan merona segan melakar bicara rindu
melafazkan kata-kata cinta
tapi dengan kamu segalanya ingin
aku muntahkan apa yang terpendam
agar kau bisa mengerti..

Aku sayang kamu..
walau tanpa tanda noktah yang pasti
tanpa talian perhubungan hati
aku senang begini..
biar rasa rindu dan tertanya-tanya itu
bisa buat hati kita jadi dekat selalu
kerna Kuasa itu lebih mengetahui segalanya..

Aku memang sayang kamu..
namun aku lebih menyayangi diriku sendiri
kerna aku takut rasa sayang yang melampau
padamu bisa buat aku melukai diriku..
bisa meruntuhkan kekuatan yang kembali
ku pertahankan.
dan aku paling takut andai
tiba-tiba kamu hilang.. seperti mereka
jadi biarlah yang tersirat dan tersurat itu
ku genggam erat dalam lipatan hati
andai ada restu Ilahi pastikan jadi milik ku..

Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang terbaik buat mu..


Biar ku Simpan di Dalam Diam...

Lama sudah pena ku tidak melakarkan
Luah rasa yang terpendam
Alam imaginasi yang tersembunyi
Kemelut kancah sengketa yang melanda
Mengoncang semua kerajaan diri
Meruntuh segala tiang kepercayaan
Menghancurkan semua benteng kesetiaan
Kelam.. kelabu ku rasakan
Terhenti terus pena ku menari...

Saat ku tatap potret khayalan
Pena ku seakan terbangkit ingin menari
Terjenguk wajah melakar kisah
Mengocak rasa kesepian yang bermukim
Terbuka jendela terkunci rapat
Asyik mengintai rentak alunan
Gemersik rindu menujah rasa..

Aduhai.. siapa empunya sering menjelma
Berlegar-legar tak pernah surut
Memenuhi sentiasa di segenap sudut
Bisa membuat hati tertawan
Diam merasuk perlahan seluruh jiwa
Sukar untuk di tiup padam
Ku tenung lagi potret khayalan
Ku dakap erat dalam kenangan
Ku abadikan segenap ruang
Biar ku simpan di dalam diam..


Siulan Deru Angin

Deru angin malam,
Menghempas jendela kala sunyi
Mencipta siulan nyaring,
Bagai seruling ditiupi...
Kehadirannya merungsingkan
Para insan yang masih sedar
Dari mimpi kala beradu
Khabar apakah yang dibawa oleh deru itu?
Adakah sang hujan akan membasahi bumi
Ataukah ia hanya sekadar alam
Yang berbahasa kepada penghuninya
Yang belum lena diulit mimpi

Kedinginan menyerbu ruang kamar
Dipenuhi udara malam yang dibawa deru angin,
Tubuh yang dibaluti perca
Ditusuk kedinginan malam,
Kengiluan menjalar di setiap pelusuk tubuh.

Jendela ditutupi...
Menghalang perjalanan deru angin yang nyaring,
Dengan harapan...
Tiada lagi tusukan dingin.
Namun deru angin masih nyaring kedengaran,
Melahirkan kebimbangan dan pertanyaan,
Mengapa alam berbahasa sedemikian rupa?
Apakah berita yang ingin disampaikannya
Kepada penghuni alam?
Khabar hujankah yang dibawa?
Atau siulan rindu yang dikirim oleh deru angin
Dari penghuninya yang sedang merindu....


10 'JANGAN' dalam perhubungan cinta

Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing.

1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.

2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”

3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar
sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.

4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.

5. JANGAN coba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.

6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?

8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya, bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?

9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”. Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

10. JANGAN menjatuhkan air matanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air matanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.



Ratapan dalam Duka

Tak akan lagi aku sanggup
Mengepak saya mengitari bumi
Menyibak kabut di pagi
Sungguh aku tak akan sanggup
Walau hanya memandang dunia

Sebab badan ini
Menanggung sakit tiada bertabib
Menanggung lara tiada pelipur
Dirangka sayapku yang patah
Melawan badai tadi siang

Sebab badan ini
Menanggung sakit tiada bertabib
Menanggung lara tiada pelipur
Dihati yang tersayat oleh rasa
Melawan benci diruang cinta

Sebab badan ini
Menanggung sakit tiada bertabib
Menanggung lara tiada pelipur
Dijantung yang tertusuk duri
Hingga aku tiada tersadar lagi
Bahwa aku telah mati

Kupersembahkan puisi ini kepada Dia yang mengajarai aku tentang cinta
Yang mengajari akau tentang kebencian
Yang mengajariku tentang arti hidup