Cerita Cinta Ku

Garis senyum terukir,
Kerna dia.
Bibir menguntum bahagia,
Pancaran kasih kepadanya.
Hati mekar berbunga,
Menatap wajahnya.
Semuanya indah,
Hanya bersamanya…

Menitis ia sekali lagi,
Hanya kerna dia.
Meraung ia berulang kali,
Juga kerna dia.
Semua pilu,
Dia puncanya.
Semua kepedihan,
Kerna cintainya…

Menjauhi cinta,
Mahu dia bahagia.
Meninggalkan kasih,
Kerna tiada kata.
Korban hati ku,
Menutup segala sengsara.
Namun parutnya,
Kekal di sini sentiasa…

Cinta tetap padanya,
Walau raga jauh tak tergapai.
Setiap rasa kepunyaannya,
Walau tersimpan, tertanam di kuburan…

Dia,
Bukan milikan tetap ku,
Tapi aku,
Cinta ku,
Kasih ku,
Rindu ku,
Dia pemiliknya…

Cintainya tiada bersebab,
memberi tanpa menerima,
melayani tanpa menyedari,
merasai tanpa dipinta,
manyayangi walau punah jiwa raga,
kerna cinta adalah cinta,
tak perlu alasan memulakannya…

Cukup hanya dia,
Watak utama lakonan cinta,
Memainkan layar,
Pemula cerita,
Penutup, penyudah ceritera cinta ku…


Kenangan Cinta Pertama

Pena menari mengukir rindu,
Ditemani diari pengubat pilu,
Tinta dialir melakar rasa,
Ucapan terakhir buatmu yang ku puja,

Maafkan ku kasih hatimu terasa,
Ucapan ku yang pedih mencengkam jiwa,
Tiada niat ku melontar hina,
Dorongan nafsu cemburu membara,

Pemergianmu meracun jiwa,
Hati yang sedia menangis,
Ditambah luka beritamu yang tragis,

Tiada maaf sempat ku ucapkan,
Padamu yang amat ku cintai,
Tiada lagi ungkapan impian,
Hanya kenangan cinta pertama...



Di Saat-Saat Akhir...

Disaat-saat akhir..
jangan lagi kita bicara tentang luka ku
biar cerita sendu lalu terus jadi debu
biar ia terbang bersama angin lalu
Yang aku mahu rasa bahagia dengan mu

Disaat-saat akhir..
jangan lagi kita nyanyikan lagu rindu
yang menguriskan hati kau dan aku
membuat hati kita terbenam lesu
kerana aku ingin kau terus tahu
setiap saat,masa dan waktu
doa suci dari mu itu yang membantu
memberi kekuatan ke dalam kalbu

Disaat-saat akhir..
aku akan terus cinta pada Mu
biarpun takdir itu tidak bersatu
kasihmu ada dalam diri ku
bersama kata yg di padu
pada masa yang terus berlalu
tanpa mahu menunggu

Andai itu takdir ku..
menerima ujian dari MU
di saat-saat akhir ku
ampuni dosa-dosa ku
di hari ini dan di hari lalu...


Ku Cari Damai Di Hati

Ku cari pada indahnya budi
Tutur halus bicara bersopan
semarak rasa cinta berlagu
Jenaka riang terselit kias bermadah
Kata mutiara penyejuk jiwa
Penunjuk cahaya gelita malam
Tersusun kemas kuntuman bahagia
Bersama tulus dan luhur ikatan perhubungan..

Ku cuba bawa seikhlas senyuman
Selembut wajah ku hadiahkan
Pelbagai bicara dan melodi ku persembahkan
Juga huluran tangan untuk kau sambut
Tak pernah meminta atau memaksa
Segalanya terpulang pada diri..
Tepuk dada tanya selera..

Ku jamu sajian rasa gelodak jiwa
Santapan kala kering ketandusan
Meluah suara yang tak bisa bicara
Bukan pakar segala segi
Sekadar untuk bersama dikongsi
Agar kenyang penuh ketenangan..

Ku tuang rasa kasih yang tertanam
Rasa cinta yang tersemai..
Benih rindu yang tak pernah surut
Usikan manja berserta jenaka
Gelak tawa penghibur lara
Menyapu lalu si air mata..
Kerana bahuku sedia untuk kamu menangis..

Ku pohon sejuta kemaafan diri
Andai bicara seloka tersayat duri
Mengguris hati tanpa sengaja
Menyemarak rasa marah beraja
Memungkin terlerai ikatan kuat tersimpuh..
Membuang jauh diri ini.. penuh tanda tanya?

Ketahuilah kalian semua...
apa sahaja yang aku lakukan, ku cari damai dihati..
bila irama cintaku berlagu, kamu ku rindu…


Satu Cinta, Satu Kasih Pada Satu Janji

Cerita antara kita bukan hanya mimpi
satu ceritera cinta melara hati
parah terukir ke dalam hati
bagai diri di tusuk duri

Turutkan hati
ingin aku terus menemani
menurut apa jua yang kau ingini
Tanpa ada rasa sangsi dalam hati

Namun bila simpulan cinta sudah tidak lagi rapi
berselerak di bawa hanyutan diri
Batasan keluarga yang tidak mengerti
membenam cinta untuk di bawa pergi

apa daya lagi untuk ku berdiri
andai kau jua tidak sudi menemani
apa daya untuk kau berlari
andai aku sudah lelah mengejari
pada satu cinta,satu kasih tidak terganti

Dan andai ku bawa cinta ini sampai mati
mungkin kau akan terus mengerti
cinta ku belum dimiliki
kerana aku masih ada janji.